Tuesday, March 14, 2006

Perniagaan MLM Menurut Syara'

Hukum asal MLM ialah mubah (harus) berdasarkan qaedah fiqih: al-asylu fil asy-ya' al-ibahaah (hukum asal segala sesuatu adalah harus) selama mana perniagaan itu bebas dari unsur:
1. ribawi (interest)
2. gharar (tipu-muslihat)
3. dharar (bahaya)
4. jahalah (kesamaran) dan
5. zhulm (menzalimi pihak lain)
6. barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah HALAL.
(Syawkani, Irsyad alFuhul/286; alSyuyuthi, alAsybah/60)

Asas perniagaan ialah:
"Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba" (Al-Qur'an 2:275)
"Tolong-menolonglah atas kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong atas dosa dan permusuhan." (Al-Qur'an 5:2 )
"Perniagaan itu atas sama-sama ridha." (HR Ibn Majah/alBaihaqee)
"Umat Islam terikat dengan persyaratan aqad mereka." (HR Ahmad, alHakim dan Abu Daud)

Jadi MLM yg diamalkan oleh syarikat MLM hendaklah dikaji walaupun mereka memiliki sijil AJL (Agen Jualan langsung), terutama rangkaian produk dan skim pemasarannya (marketing plan).

Langkah pertama:
Menyelidiki kehalalan produk MLM (periksa persijilan Halal-Jakim) dan kekuatan produknya dari sudut kualiti dan kebaikannya.

Langkah kedua:
Tip dalam memeriksa Pelan Pemasaran:
a. Plan Pemasaran yang bebas dari unsur Pyramiding. Pyramiding ialah skim yg menguntungkan pioneer (orang yg masuk awal).
b. Syarikat MLM itu hendaklah ada track record yang cemerlang.
c. Ketelusan dalam penjualan, pemberian bonus serta komisen.
d. Starter kit (pakej penyertaan) yang munasabah). Jika pakej permulaannya tinggi, maka ia harus dicurigai.
e. Motif utama MLM itu ialah kekuatan skil penjualan dan pemasaran bukan permainan wang. MLM yang menjanjikan kekayaan yang mendadak dan kerja yang mudah, maka ia harus dicurigai.
f. Produk yang berkualiti dan memberi jaminan wang dipulangkan kepada pelanggan jika cacat produknya.

Saturday, March 04, 2006

Skim Piramid : Sejauh Mana Pulangannya?

Skim Piramid: Sejauh Mana Pulangannya?

Skim piramid merupakan satu skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu mendapat suatu balasan atau faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan yang dijual atau diedarkan, tetapi yang diasaskan adalah kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim tersebut.

Ciri-ciri Skim Piramid
  • Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.

  • Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.

  • Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.

  • Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.


Kerajaan telah mengambil langkah mengharamkan skim ini kerana ia lebih menjurus kepada skim cepat kaya yang memberi keuntungan hanya kepada segelintir perserta yang telah berada di peringkat tertinggi dan tidak kepada sebahagian besar peserta yang masih berada di peringkat bawahan. Dengan kata lain, hanya beberapa peserta terawal atau atasan sahaja yang mendapat faedah atau pulangan lumayan dan sebahagian besar peserta di peringkat bawahan hanyalah penyumbang supaya peserta atasan dapat menikmati faedah.
Kini, kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim.

Bagaimana jika didatangi penganjur Skim Piramid?
  • Periksa sama ada syarikat tersebut mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.


  • Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.

  • Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDN & HEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.


* sumber dipetik dari laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna www.kpdnhep.gov.my

Tuesday, February 28, 2006

Buku Produk - Sureco 7


 Posted by Picasa

Antara isi kandungan :
1. Air alkali
2. SURECO hasilkan sistem penapisan air bermutu
3. Fungsi air kepada tubuh manusia
4. Air punya hati & perasaan
5. Air di dalam Al-Qur'an dan Hadith
6. Isian kimi Air Zam Zam
7. Perbezaan air asid dan air alkali dan banyak lagi

* Edisi terhad

Friday, February 24, 2006

Promosi SURECO 7


 Posted by Picasa
Promosi ini khusus untuk semua ahli Koperasi UiTM di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut hubungi 019.446.7800

Wednesday, February 22, 2006

Buku Panduan Produk


 Posted by Picasa
Buku panduan produk mengandungi :
1. Pengenalan & penerangan khasiat Mengkudu, Cendawan Merah, Spirulina, Madu dan Halia
2. Penerangan & khasiat setiap produk

Terbukti membantu promosi produk kepada pelanggan/prospek.

Dapatkan di stokis berdekatan anda

Friday, February 17, 2006

5 Tabiat Yang Berkesan

Satu kaedah bagaimana kita boleh seiring, cemerlang dalam perlumbaan dunia yang bergerak pantas ini terutama dalam 5 aspek:

1. ILMU PENGETAHUAN - Memupuk & mengamalkan tabiat suka MENDENGAR setiap masa secara Positif, Rasional dan Bersangka Baik.

2. KEMAHIRAN - Meneroka, Mencuba, Mencipta sesuatu dari setiap bidang yang telah kita pelajari melalui kelulusan yang telah kita perolehi.

3. EKONOMI - Sentiasa berusaha mempelbagaikan pendapatan dengan amalan MENABUNG.

4. SOSIAL - Berpersatuan, menceburi aktiviti kesukarelaan, menjalin persahabatan, memupuk kemesraan, memanjangkan sillaturrahim demi membina ummah yang kuat.

5. AGAMA - Menterjemahkan setiap suruhan, seruan agama kebentuk amalan dalam setiap aspek kehidupan.

Wednesday, February 15, 2006

SURECOINFO, Januari 2006


 Posted by Picasa

Antara kandungan SURECOINFO, edisi Januari 2006 :

  • Lawatan kerja ALP SURECO ke Korea

  • Koperasi SURECO Malaysia Berhad

  • Majlis sambutan Hari Raya Aidil Adha di seluruh Malaysia

  • Perasmian Stokis Negeri Pendang, Kedah

  • Konvensyen & Anugerah Gemilang SURECO 2006

  • MegaPower Training Programme

  • Tahukah anda ... Mawi AF3 telah menyertai SURECO


Dapatkan di stokis berdekatan anda