Tuesday, March 14, 2006

Perniagaan MLM Menurut Syara'

Hukum asal MLM ialah mubah (harus) berdasarkan qaedah fiqih: al-asylu fil asy-ya' al-ibahaah (hukum asal segala sesuatu adalah harus) selama mana perniagaan itu bebas dari unsur:
1. ribawi (interest)
2. gharar (tipu-muslihat)
3. dharar (bahaya)
4. jahalah (kesamaran) dan
5. zhulm (menzalimi pihak lain)
6. barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah HALAL.
(Syawkani, Irsyad alFuhul/286; alSyuyuthi, alAsybah/60)

Asas perniagaan ialah:
"Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba" (Al-Qur'an 2:275)
"Tolong-menolonglah atas kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong atas dosa dan permusuhan." (Al-Qur'an 5:2 )
"Perniagaan itu atas sama-sama ridha." (HR Ibn Majah/alBaihaqee)
"Umat Islam terikat dengan persyaratan aqad mereka." (HR Ahmad, alHakim dan Abu Daud)

Jadi MLM yg diamalkan oleh syarikat MLM hendaklah dikaji walaupun mereka memiliki sijil AJL (Agen Jualan langsung), terutama rangkaian produk dan skim pemasarannya (marketing plan).

Langkah pertama:
Menyelidiki kehalalan produk MLM (periksa persijilan Halal-Jakim) dan kekuatan produknya dari sudut kualiti dan kebaikannya.

Langkah kedua:
Tip dalam memeriksa Pelan Pemasaran:
a. Plan Pemasaran yang bebas dari unsur Pyramiding. Pyramiding ialah skim yg menguntungkan pioneer (orang yg masuk awal).
b. Syarikat MLM itu hendaklah ada track record yang cemerlang.
c. Ketelusan dalam penjualan, pemberian bonus serta komisen.
d. Starter kit (pakej penyertaan) yang munasabah). Jika pakej permulaannya tinggi, maka ia harus dicurigai.
e. Motif utama MLM itu ialah kekuatan skil penjualan dan pemasaran bukan permainan wang. MLM yang menjanjikan kekayaan yang mendadak dan kerja yang mudah, maka ia harus dicurigai.
f. Produk yang berkualiti dan memberi jaminan wang dipulangkan kepada pelanggan jika cacat produknya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home