Saturday, March 04, 2006

Skim Piramid : Sejauh Mana Pulangannya?

Skim Piramid: Sejauh Mana Pulangannya?

Skim piramid merupakan satu skim perkiraan bagi pengedaran atau penjualan komoditi. Seseorang itu mendapat suatu balasan atau faedah wang yang tidak bergantung pada jumlah atau kuantiti barang dan perkhidmatan yang dijual atau diedarkan, tetapi yang diasaskan adalah kepada penajaan seorang atau lebih peserta ke dalam skim tersebut.

Ciri-ciri Skim Piramid
  • Menetapkan bilangan penajaan seperti ganjaran atau bonus dibayar berdasarkan kepada penajaan ahli yang ditetapkan, bukannya berdasarkan jumlah jualan yang dibuat.

  • Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.

  • Skim latihan dan ceramah yang dianjurkan tidak menekan kepada kualiti produk atau cara memasarkan produk, tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk menarik masuk peserta baru dalam skim.

  • Harga barangan atau perkhidmatan adalah lebih tinggi dan tidak setimpal dengan nilai sebenar barangan atau perkhidmatan tersebut.


Kerajaan telah mengambil langkah mengharamkan skim ini kerana ia lebih menjurus kepada skim cepat kaya yang memberi keuntungan hanya kepada segelintir perserta yang telah berada di peringkat tertinggi dan tidak kepada sebahagian besar peserta yang masih berada di peringkat bawahan. Dengan kata lain, hanya beberapa peserta terawal atau atasan sahaja yang mendapat faedah atau pulangan lumayan dan sebahagian besar peserta di peringkat bawahan hanyalah penyumbang supaya peserta atasan dapat menikmati faedah.
Kini, kerajaan sedang menggubal Akta Anti Piramid bagi mengharamkan skim ini dan akan mengenakan hukuman mandatori (denda dan penjara) ke atas penganjur dan juga peserta skim.

Bagaimana jika didatangi penganjur Skim Piramid?
  • Periksa sama ada syarikat tersebut mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.


  • Rujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan syarikat (jualan langsung) memiliki lesen yang sah.

  • Meneliti pelan pemasaran syarikat dan buat rujukan dengan Unit Jualan Langsung, KPDN & HEP mengenai kesahihan pelan yang dikemukakan.


* sumber dipetik dari laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna www.kpdnhep.gov.my

0 Comments:

Post a Comment

<< Home